Rakyat Palestin Mula Pulang Ke Palestin.


Isnin, 06/08/07 –

Lebih seratus rakyat Palestin dari enam ribu yang masih terbengkalai di Mesir telah masuk menerusi pintu sempadan antara Israel, Mesir dan Palestin.

Selepas berberapa minggu bermesyuarat, dipersetujui bahawa mereka yang terbengkalai perjalanan dari Mesir ke Israel boleh melalui Nitzana kemudian ke Ghaza yang mana beberapa dari mereka akan masuk masuk melalui Erez.

Kira-kira seribu rakyat Palestin berkumpul di padang Arish yang mana pihak berkuasa membaca 100 nama sahaja di Ghaza.

Dalam pada itu, Hamas mengumumkan telah mula membayar gaji kepada beribu-ribu pekerja yang terdiri daripada tentera penguatkuasa dan pegawai am yang menolak permintaan perdana menteri supaya berhenti berurusan dengan mereka.

Ketua pegawai berkata, proses pengagihan tersebut akan meliputi 10 ribu pegawai. Pertubuhan itu memiliki dana yang mencukupi untuk meneruskan proses pengagihan dalam masa terdekat ini.