
Isnin, 06/08/07 –
Wartawan Aljazeera melaporkan, Presiden Palestin telah menerima perletakan jawatan penasihat keselamatannya, Muhammad Dahlan. Demikian menurut apa yang ditegaskan oleh seorang pegawai di pejabat Abbas.
Sumber di pejabat Dahlan telah mengumumkan Khamis lalu bahawa Dahlan meletak mengemukakan perletakan jawatannya atas sebab kesihatan.
Dahlan dikatakan mendapat kritikan meluas selepas pasukan keselamatan pertubuhan Fatah yang berada di bawah jagaannya dalam menghalang pasukan bersenjata Hamas dari menguasai Ghaza pada pertengahan bulan lalu telah menemui kegagalan.
Meskipun Dahlan berada di Jerman untuk tujuan rawatan ketika berlaku pertempuran di Ghaza yang mengorbankan 100 orang di kalangan rakyat Palestin, beliau mengakui pasukan keselamatan Fatah telah melakukan kesilapan. Beliau menegaskan bertanggungjawab atas kesilapan itu.