
Isnin, 06/08/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata, Amerika Syarikat bersetuju untuk menambah bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 25% setahun, menjadikannya 30 bilion dolar dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Olmert berkata ketika memulakan mesyuarat kabinet Israel bahawa Presiden Amerika, George Bush telah memberikannya jaminan dalam pertemuan mereka (pada 19 haribulan pada bulan lepas) bagi “mengekalkan kecemerlangan kita dari negara-negara lain (di rantau itu)†sambil menyifatkan penambahan itu sebagai elemen penting bagi keamanan di Israel.
Amerika Syarikat sekarang ini menyalurkan 2.4 bilion dolar bagi bantuan ketenteraan dan akan menambah lagi menjadi tiga billion dolar.
Olmert berkata, perkara itu ada kaitan dengan “minat Amerika untuk membantu negara-negara Arab yang bersederhana yang memberi sokongan kepada Amerika dan Israel dalam persaingannya menentang Iranâ€.
Angka itu adalah sama dengan apa yang dinyatakan oleh akhbar New York Times yang mengatakan bahawa pertambahan itu ada kaitan dengan rancangan Amerika untuk menjual senjata berharga 20 bilion dolar kepada Arab Saudi serta negara-negara Teluk sepanjang 10 tahun.