Blair Teruskan Lawatan Bertemu Pegawai Israel dan Palestin.


Isnin, 06/08/07 –
Wakil Suruhanjaya Damai empat penjuru antarabangsa di Timur Tengah, Tony Blair meneruskan lawatannya ke Israel yang mana beliau telah bertemu Menteri Luar, Tsippi Levni serta pegawai-pegawai lain di Bandar Baitul Maqdis.

Menurut jurucakap kementerian luar Israel, Mark Rigif., Levni bertemu Blair dalam mesyuarat khas yang berlanjutan selama satu jam. Pembantu-pembantu mereka telah bertemu dalam tempoh setengah jam yang mana pertemuan mereka itu disifatkan sebagai “baik”.

Blair dijangka akan bertemu Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert sebelum bertolak ke Ramallah untuk bertemu Presiden Palestin, MAhmoud Abbas. Namun, beliau dijangkakan tidak menemui pegawai-pegawai pertubuhan Hamas.

Hamas memberi amaran kerana mengenepikannya. Pemimpinnya, Mahmoud Al Zahar berkata, Hamas tidak bersedia untuk duduk berbincang dengan seorang “yang menggesanya supaya tidak setia kepada tanahairnya sendiri serta mensia-siakan harapan rakyat Palestin.”