
Isnin, 06/08/07 –
Masjid Al Aqsa tidak henti-henti menjadi sasaran apabila terowong digali serta kawasan masjid tersebut diserbu oleh kumpulan kecil Yahudi dan penduduknya. Perkara itu bertambah teruk lagi apabila beratus-ratus imigran Yahudi menyerbu kawasan masjid dan melakukan upacara keagamaan di dalamnya.
Yayasan Pemeliharaan Tempat Suci Islam Al Aqsa berusaha sedaya upaya untuk mengukuhkan hubungan orang Islam di dalam garisan Hijau. Syeikh Raid Solah, Ketua Pergerakan Islam meneruskan pertemuannya dengan keluarga-keluarga di Baitul Maqdis bagi memberi galakan kepada mereka supaya mempertahankan Masjid Al Aqsa.
Yayasan tersebut berkata, serbuan itu dilakukukan pagi Isnin di bawah kawalan polis yang melarang pengawal masjid dan jemah yang bersembahyang dari mendekati kumpulan-kumpulan Yahudi itu. Bahkan menangkap seorang penduduk di situ ketika cuba menghalang kumpulan tersebut.