Selasa, 07/08/07 –
PM Palestin Ismail Haniyah mengingatkan bahawa pertemuan-pertemuan antara
pihak Palestin dan penjajah Israel adalah sebahagian dari rancangan Amerika untuk
menutup isu Palestin. Beliau mengingatkan agar bangsa Palestin tidak terjerumus
dalam “persekutuan yang berbahaya”.
Hal tersebut disampaikan Haniyah di Semenanjung Gaza, Isnin (06/08), menyusul
pertemuan antara Presiden Abbas dan Olmert di Jericho, kelmarin. Haniyah mengatakan,
?Pertemuan-pertemuan yang dilakukan para pegawai tinggi Palestin dan Israel adalah
rancangan Amerika untuk mendapatkan sokongan Arab dan menutup isu Palestin. Hal itu
untuk kepentingan perang atau pertempuran baru terhadap negara-negara Islam atau
negara-negara lain.?
Haniyah mengatakan, ?Kami yakin tidak ada harga politik di sebalik
pertemuan-pertemuan tersebut. Jelas di sana garis bahaya musuh, Israel berada di
hadapan kami. Bahawa perjuangan, keteguhan, persatuan dan perjuangan satu bangsa
Palestin adalah faktor utama untuk mengembalikan hak-hak Palestin yang dirampas.?
Sementara itu Haniyah turut menyatakan penghargaan terhadap peranan dan komitmen
tinggi Qatar dalam menyokong bangsa Palestin.
?Qatar sama sekali tidak melakukan campur tangan dalam urusan Palestin. Mereka tidak
meminta pemerintah Palestin dan gerakan Hamas agar berjalan ke arah yang
bertentangan dengan kepentingan utama bangsa Palestin,? tegas Haniyah. Beliau
mengecam pernyataan-pernyataan dari pemerintah Palestin yang tidak bertanggung jawab
terhadap pemerintah Qatar. Ini kerana perkara tersebut boleh merosakkan hubungan
antara keduanya sebagai bangsa dan antara bangsa-bangsa Arab dan Islam.