Meshal Seru Supaya Bersatu.


Isnin, 06/08/07 –
Ketua Biro Politik Hamas telah menyeru supaya rakyat Palestin bersatu di bawah pemerintahan Presiden Palestin, beberapi hari sebelum Mahmoud Abbas melawat Moskow yang dijadualkan pada Ahad depan.

Khaled Meshal berkata dalam perbualan telefon dengan Menteri Luar Rusia, Sirgi Lavrov bahawa, “tidak ada halangan untuk Hamas dan Fatah memberi kerjasama bagi menubuhkan negara Palestin”.

Dalam pada itu, Lavrov menegaskan bahawa rakyat Palestin perlu bersatu padu di bawah pemerintahan presiden sambil menyeru supaya mengambil langkah yang berkesan bagi memberi sokongan kepada Meshal.

Moskow yang menjadi anggota suruhanjaya empat penjuru Timur Tengah di samping Washington, Kesatuan Eropah, PBB berbeza pendapat dengan sekutu-sekutunya di dalam suruhanjaya itu yang mana ia menolak sekatan yang dikenakan ke atas Hamas.