Fayyad Pecat 2500 Pegawai Baru


Rabu, 08/08/07 – Jurucakap Persatuan Pegawai Pemerintah di Semenanjung Gaza, Alauddin Alyatth menolak pemerintah Salam Fayyad ciptaan Abbas kerana memecat pegawai baru seramai 2500 orang.

1500 di antaranya adalah pegawai sivil dan 1000 yang lain adalah pegawai tentera yang dipecat sejak awal Ogos ini. Mereka ada yang dari Fatah dan fraksi lain yang ingin bekerjasama dengan pemerintah Haniya. Sebulan lalu Fayyad juga memecat sekitar 23,000 pegawai sivil dan tentera yang sebelumnya bekerja dengan pemerintah Hamas.

Persatuan Pegawai melihat tindakan Abbas sebagai tidak bermoral dan hanya ingin mendapat perhatian dari Amerika dan Israel. Oleh itu, pihaknya akan akan mengadukan hal ini kepada Setiausaha Liga Arab, Amr Mosa dan akan meminta semua pihak Arab dan Islam prihatin terhadap isu tersebut kerana dana Palestin adalah milik semua rakyatnya.