
Rabu, 08/08/07 – Pergerakan Hamas Selasa lalu menafikan kewujudan hubungan baru antara mana-mana pengantara Mesir dengan pihak Israel berkenaan isu penangkapan rejim Zionis, Gilad Shalit. Dr. Osama Al-Muzzaini, salah seorang pemimpin politik Hamas di Semenanjung Gaza berkata dalam satu siaran akhbar mengatakan apa yang diberitahu oleh akhbar Yahudi, ‘Ha’aretz’ Selasa lalu mengenai pemulihan semula hubungan sebenarnya adalah “tidak betul”. Beliau berkata “musuh Zionis dan akhbar terbitannya yang berbohong untuk menenangkan para Zionis yang marah atas ketidak prihatinan kerajaannya mengenai isu ini”.
Pemimpin Hamas berkata Tel Aviv sedang cuba untuk menyebarkan ilusi di kalangan orang yang ada hubungan terhadap kes Shalit dan pengantara terus bagi pihak Norway atau Mesir hanya untuk menenangkan “kemarahan penyokong Zionisme”. Beliau menarik perhatian bahawa perantara Mesir bagi Hamas dan Israel masih di luar Gaza dan menekankan Hamas dan puak-puak lain yang menangkap Shalit masih mendesak tuntutan-tuntutan mereka dipenuhi atau tidak akan menyerahnya kepada mereka.