
Jumaat, 10/08/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menolak kemungkinan akan berlaku pertempuran tentera antara negara Ibri itu dengan jiran-jiran Arab pada musim panas ini sepertimana yang diramal oleh beberapa media yang mana jangkaan terbaru menyatakan peperangan akan meletus antara Israel dan Syria.
Dalam ucapan Olmert semalam, Selasa di majlis konvokesyen pelajar generasi baru bagi pelajar-pelajar Fakulti Keselamatan Negara, Univrsiti Ibri di Baitul Maqdis yang dijajah.
Olmert berkata, “musim panas akan datang serta musim luruh yang mensyusul selepas itu tidak akan menjadi panasâ€. Beliau juga menyatakan kesesiaannya untuk menyambung semula rundingan damai dengan Syria berhubung tanah tinggi Golan.
Akhbar Israel dikatakan mula menyebarkan laporan baru-baru ini yang tidak putus-putus mengenai kemungkinan tercetus peperangan antara Syria dan Israel pada musim panas atau luruh akan datang. Demikian menurut laporan perisikan mengenai kesediaan Syria untuk melancarkan perang ke atas Israel.