
Jumaat, 10/08/07 –Menteri Luar Amerika, Condoleezza Rice tiba ke Baitul Maqdis bagi mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert serta pegawai-pegawai tinggi Israel. Perbincangan itu juga menjuruskan ke arah menghidupkan pelan damai di Timur Tengah serta menjemput Presiden Amerika, George Bush untuk mengadakan persidangan keamanan antarabangsa di rantau itu.
Diplomat serta pegawai tinggi Israel cuba memujuk Israel supaya memperluaskan skop perbincangannya dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bagi membincangkan mengenai isu sempadan, serta beberapa isu yang ada kaitan dengan penubuhan negara Palestin yang bebas.
Sumber tersebut menyebut bahawa Olmert bersedia untuk membincangkan isu ini, namun ia menegaskan pada masa yang sama dapat diperhatikan minat Olmert semakin menurun apabila Washington berminta menyalurkan sebanyak mungkin bantuan kepada Abbas.
Dalam pada itu, Mahmoud Abbas telah bertolak dari Moskow semalam setelah melakukan lawatan selama tiga hari. Ketika Lawatannya, beliau mendapat sokongan dari Presiden Rusia, Vladimir Putin.