Serangan pejuang-pejuang penentangan rejim Zionis, meletupkan Hummer Zionis.


Isnin, 13/08/07 – Pejuang penentang Palestin Ahad lalu telah meletupkan satu bom dari sebuah jip Hummer di bandar Nablus manakala penembak tepat Qassam menembak dan memukul seorang juruteknik tentera Israel yang sedang membaiki pagar di sekeliling Semenanjung Gaza.

Gabungan bersama Briged Qassam, sayap puak bersenjata Hamas dan Briged Abu Ali Mustafa, sayap bersenjata PFLP, mengesahkan bahawa jip Hummer telah hancur dan tewas hasil tindakan serangan sebelum subuh.

Mereka mengesahkan tentangan mereka akan berterusan selagi mereka menceroboh tanah-tanah Palestin.

Di Semenanjung Gaza, penembak tepat Qassam mendakwa bertanggungjawab menembak juruteknik tentera Israel di Khan Younis, selatan Strip.

Sumber-sumber Qassam mengesahkan bahawa juruteknik itu ditembak ketika unit-unit sokongan rejim Zionis tiba di tempat kejadian dan mengebom tanah Palestin dengan rakus.