Haniyah Ingatkan Wujudnya Agenda Konspirasi Menghadapi Isu Palestin


Selasa, 14/08/07 – KhanYunis: PM Palestin Ismail Haniyah mengingatkan adanya rancangan konspirasi yang dijadikan acuan sejumlah pihak untuk membakar isu Palestin, menamatkan kuasa pemerintah Palestin dan memadamkan bara api perjuangan Palestin.

Hal tersebut ditegaskan Haniyah dalam Khutbah Jumaat (10/08) di sebuah masjid di Khan Yunis, wilayah selatan Semenanjung Gaza. Haniyah mengatakan, “Benang-benang konspirasi dan rancangan yang di yang melibatkan beberapa pihak Palestin, tertegak di atas lima perkara.”

Kelima perkara itu, jelas Haniyah adalah:
1. Usaha memisahkan antara Semenanjung Gaza dan Tebing Barat
2. Menambah sekatan dan embargo terhadap Semenanjung Gaza
3. Mencabut keabsahan kuasa pemerintah Palestin yang dipilih rakyat dan gerakan Hamas sebagai usaha untuk mengeluarkannya dari legaliti politik
4. Menghancurkan infrastruktur pejuang Palestin khususnya di wilayah Tebing Barat dan
5. Membuat hubungan ke dalam bahagian keamanan dan politik dengan pihak musuh (Israel).

Haniyah menegaskan bahawa kelima-lima rancangan konspirasi ini menjadi dasar tindakan beberapa pihak Palestin, serantau dan antarabangsa dalam berhadapan masalah Palestin.

Dalam khutbahnya Haniyah menegaskan bahawa pemerintah terpilih Palestin dan gerakan Hamas menolak usaha ‘mententerakan’ masyarakat awam, kepelbagaian badan keamanan dan kembali ke keadaan masa lalu. “Kami tidak ingin membuat polisi di Semenanjung Gaza,” ungkap Haniyah.

Haniyah menambahkan, “Kita ingin pihak polis yang kuat dan bahagian keselamatan nasional yang melindungi sempadan dan keamanan dalaman yang berada di bawah kementerian dalam negeri. Kewujudan beberapa badan keamanan tidak boleh diterima. Kita ingin membentuk kekuatan kecil yang mengawal pelabuhan-pelabuhan di sepanjang pantai. Kita tidak ingin pengkalan laut, karena kita tidak memiliki kekuatan tersebut. Kita tidak ingin pihak keselamatan dalaman yang melibatkan ribuan orang. Ini kerana kita bukan dalam rangka mewujudkan masyarakat tentera dan tidak ingin mewujudkan sistem ‘negara polis’.”

“Kami ingin mengendalikan keadaan di Gaza dan menamatkan kekacauan. Setelah peristiwa (Jun lalu) sistem keamanan kacau bilau namun kami berjaya menguasai keadaan. Sekiranya kekacauan yang berlaku di Gaza merebak ke seluruh negeri pastinya kekacauan besar dan keadaan tidak terkawal akan berlaku. Beliau memberi contoh sebagaimana yang berlaku di Iraq (selepas kejatuhan Saddam). Walau betapa besar kekuatan Amerika di sana, namun keadaan menjadi semakin buruk.