
Rabu, 15/08/07 – Pihak berkuasa Israel berkata, ia telah menuduh pemimpin gerakan Islam di Israel, Syeikh Raid Solah sebagai “penggalak kepada keganasan dan perkaumanâ€.
Seorang ahli parlimen berkata, ketika perhimpunan pada Mac lalu di Baitul Maqdis, Syeikh Solah telah menggesa untuk melakukan “rusuhan ketiga†bagi mempertahankan Masjid Al Aqsa. Beliau menganggap, mati syahid demi Masjid Al Aqsa menjamin setiap orang Islam tempat di syurgaâ€.
Israel telah memberkas Syeikh Solah dalam beberapa jam kerana beliau mengetuai kempen protes bagi mempertahankan Masjid Al Aqsa berikutan pendedahan pengorekan oleh Israel telah bermula pada Mac lalu di Pintu Al Magharibah. Pihak berkuasa Israel telah melarangnya dari memasuki bandar lama di Baitul Maqdis itu.
Jelas beliau, terdapat permohonan supaya melarangnya dari memasuki Majid Al Aqsa bagi tempoh yang lain. Namun, beliau menegaskan bahawa Mahkamah Israel tidak memiliki sebarang hak melarangnya mengikut undang-undang atau dengan ugutan sekalipun kerana ia adalah “sebuah badan penjajahâ€.
One reply on “Israel Tuduh Sheikh Solah Penggalak Kegananasan.”
Wow, this is very useful.. Thanks for sharing this and hoping I could implement it too.