Isu Benteng Diperbincangkan.


Rabu, 15/08/07 – Sumber Palestin berkata, satu mesyuarat telah diadakan Ahad lalu antara pegawai tertinggi Palestin dan Israel di Baitul Maqdis bagi membincangkan mengenai penghapusan beberapa benteng di Tebing Barat serta penyerahan bandar Areha sepenuhnya kepada pihak berkuasa Palestin menjelang akhir bulan ini.

Sumber tersebut menambah, mesyuarat tersebut telah menentukan benteng tentera milik Israel yang mahu dirobohkan kesemuanya.

Menteri Infrastruktur Israel, Benjamin Ben Aliazir menjelaskan Sabtu lalu bahawa Tel Aviv sedang megkaji untuk merobohkan tembok tentera di Tebing Barata. Tambahnya, benteng tersebut perlu dirobohkan bagi memudahkan kehidupan rakyat Palestin dengan mendapat jaminan Israel.

Isu merobohkan benteng tentera yang mencecah bilangan sebanyak 500 buah di Tebing Barat yang membantutkan kehidupan rakyat Palestin serta menjerut sumber pendapatan mereka menjadi perkara utama untuk dibincangkan dalam mesyuarat Palestin-Israel.