Brody Gesa Adakan Rundingan Dengan Hamas.


Rabu, 15/08/07 – Perdana Menteri Itali, Romano Brody menggesa supaya rundingan dengan Hamas diadakan. Beliau berkata di dalam sidang media bahawa, “Hamas wujud. Ia adalah organisasi yang kompleks yang perlu kita tolong untuk maju. Namun, perkara ini perlu dilakukan dengan telus”.

Brody menegaskan tentang pentingnya “tekanan ke arah mencapai rundingan dan seorang pun tidak boleh menolak rundingan ini”. Tambahnya, beliau memberi amaran kepada Presiden Palestin serta Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berhubung usaha ke arah mencapai perdamaian dengan rakyat Palestin dengan berkata, “saya tegaskan kepada dua pemimpin politik ini bahawa perdamaian tidak akan tercapai apabila rakyat Palestin berpecah belah”.

Dalam pada itu, jurucakap Perdana Menteri Itali berkata, kenyataan Brody tidak pula menyentuh mengenai sebarang boikot daripada Kesatuan Eropah terhadap Hamas.