
Rabu, 22/08/07 – Beirut – Faruq Al-Qadumi, ketua urusan politik di PLO menyerang presiden Abbas dengan kenyataannya. Beliau menyatakan Abbas sebagai “diktator†dan sedang berusaha melucut senjata kumpulan pejuang Palestin.
Dalam wawancaranya dengan mingguan Al-Kifah Al-Arabi di Kaherah yang terbitkan di Beirut, Al-Qadumi menyatakan, “Saya tidak setuju dengan Abu Mazen (Mahmod Abbas) yang ingin menghentikan perjuangan bersenjata kerana ia merupakan pilihan rakyat Palestin yang utamaâ€, tegasnya.
Qadumi yang merupakan Setiausaha Agung Fatah, melihat bahawa jika perjuangan bersenjata kembali didokong dengan bersungguh-sungguh oleh Fatah maka ruh baru akan muncul.
Beliau menilai pertemuan rahsia Mahmod Abbas dengan pegawai tinggi Israel terutama PM Olmert bukanlah perundingan namun usahauntuk menutup kegagalan dan kelemahan untuk mendorong perundingan serius yang dipersetujui oleh pihak antarabangsa. Namun beliau menegaskan, tabiat perundingan politik dengan Israel merupakan faktor penderitaan bagi rakyat Palestin.
Qadumi mengakui bahawa perjanjian Oslo melahirkan kelas dalamgerakan Fatah yang memiliki kepentingan dengan Israel padahal perundingan itu tidak ada yang serius untuk diterapkan. Akibat perundingan itu pula rasa permusuhan terhadap Israel di kalangan pihak Palestin yang berunding mulai hilang sedikit demi sedikit.
Qadumi melihat Mahmod Abbas sebagai orang pertama berusaha menjaga kepentingannya dengan Israel kerana beliau adalah orang pertama yang tidak bersetuju dengan perjuangan Intifadah. Sejak perundingan dengan Israel, Abbas adalah orang pertama menyeru agar dihentikan perjuangan Palestin.
Beliau menyatakan bahawa sejak ada kelompok yang menerima geran tanpa diaudit, maka ramai pihak di Fatah yang menerima dan mengambil wang ke poket peribadi mereka tanpa di audit oleh mana-mana pihak.
Para perasuah dari Fatah itu bergerak bebas di bawah payung Israel. Qadumi menyebut Abbas kini hidup dalam fasanya yang paling buruk.
Qadumi menyatakan bahawa ramai anggota Fatah sendiri tidak peduli dengan prinsip dasar Fatah.