
Selasa, 21/08/07 –
Enam pejuang pertahanan Palestinyang bersekongkol dengan Briged Qassan, sayap pertahanan Hamas telah dibunuh Isnin lalu apabila kereta yang dinaiki mereka di rempuh dengan bom serangn udara Israel di timur kem tahanan al Breij, Semenanjung Gaza.
Sumber perubatan Palestin mengesahkan kematian enam pejuang pertahanan tersebut, dan tujuh lagi mangsa cedera parah dalam serangan rejim Zionis itu. Saksi berkata bahawa helikopter Israel telah melepaskan peluru berpandu kea rah kereta tersebut dan telah membunuh 6 pejuang pertahanan Palestin.
Jurucakap tentera Israel mengakui bahawa tentera udara Israel memang mengsasarkan serangan ke arah kereta yang membawa askar Palestin yang didakwa melancarkan roket ke rejim Zionis.
Briged Qassam menyelar tindakan rejim Israel itu dan menyifatkan tindakan itu sebagai kejam dan mengancam keselamatan sejagat.