Eropah Buka Pembohongan Pemerintah Fayyad Berkenaan Elektrik


Jumaat, 24/08/07 – Gaza -Dr. Shalah Bardawil, juru cakap Fraksi Perubahan dan Reformasi di parlimen Palestin menegaskan pihak Eropah membuka kebohongan Fayyad Maliki, Menteri Informasi pemerintahan darurat Palestin pimpinan Salam Fayyad berkenan pemotongan bekalan elektrik di Semenanjung Gaza.


Pembohongan itu dinyatakan melalui PBB dan Badan Bantuan untuk Pelarian Palestin serta pegawai di bahagian elektrik. Mereka semuanya menegaskan pembohongan pernyataan pemerintah Fayyad berkenaan isu elektrik di Semenanjung Gaza akhir-akhir ini.

Bardawil menuding pemerintah Fayyad menggunakan cara-cara kotor dan tidak berperikemanusiaan dalam memerangi Hamas di Semenanjung Gaza..

Bardawil menyuarakan bahawa terdapat beberapa pihak di bawah pemerintah Fayyad berusaha untuk menyalurkan semula bahan bakar ke Semenanjung Gaza walaupun pihak pemerintah berusaha membiarkan Semenanjung Gaza terputus bekalan elektrik. Namun setelah terbongkar kebohongan mereka oleh pihak Eropah, rancangan jahat mereka gagal begitu saja.

Soal kerisauan tentera Israel berkenaan embargo terhadap Hamas, ternyata ia semakin menguatkan gerakan ini, Bardawil menegaskan bahawa Hamas yang memiliki misi jelas tidak mungkin mundur dan untuk memperjuangkan misi itu setelah mengorbankan banyak nyawa dan darah.

Beliau menambah pihak yang mengenakan embargo terhadap Semenanjung Gaza salah perkiraan ketika menekan wilayah ini secara politik dan ekonomi kerana Hamas yang menjadi sasaran mereka semakin bertambah sokongan dan populariti. Ini kerana Hamas bukan gerakan yang muncul secara tiba-tiba namun dibentuk melalui wawasan yang jelas yang berkait dengan nilai-nilai agung, tradisi dan agama yang kukuh.