Kami tak anggap, US, Barat sebagai musuh


Jumaat, 24/08/07 – Dr Mahmoud Al-Zahhar, seorang tokoh pemimpin Hamas dan bekas menteri luar PA mengakui bahawa pergerakan Hamas tidak sepenuhnya menentang US.

Beliau memberitahu wartawan Quds bahawa Hamas tidak pernah menganggap pihak US dan Barat sebagai musuh tetapi “kami menentang tindakan mereka yang menindas kami dan tindakan tersebut adalah salah”.Zahhar menegaskan bahawa banyak negara-negara lain yang menyokong pendapat pergerakannya.

Hamdan juga menyeru pihak Fatah supaya duduk berbincang tentang penstrukturan semula system politik Palestin dan bersetuju untuk “berusaha memerangi musuh” sebelum menubuhkan kerajaan .

Beliau menegaskan bahawa Hamas bukan merayu untuk berdiskusi tetapi menganggap perkara tersebut sebagai strategi yang paling sesuai untuk kebaikan bersama dan persefahaman antara negara-negara.