Jawatankuasa Eksekutif PLO Tidak Relevan !


Isnin, 03/09/07 –Pergerakan Hamas Ahad lalu menuduh Jawatankuasa Eksekutif PLO tidak lebih sebagai golongan yang lemah, kumpulan yang mengikut telunjuk Fatah yang mengawal jawatankuasa tersebut untuk berkhidmat dengan kepentingan-kepentingan peribadi dan parti mereka.

Fawzi Barhoum, jurucakap Hamas di Gaza dalam satu sidang akhbar berkata hasil pertemuan dengan jawatankuasa itu pada Sabtu lepas membuktikan bahawa jawatankuasa tersebut tidak lagi mewakili penduduk Palestin untuk menjaga keselamatan di Gaza tetapi yang mereka tunjukkan ialah membenarkan perselisihan dan pertengkaran antara penduduk Palestin.

Beliau berkata mesyuarat itu tidak memperdulikan kematian lebih daripada 50 orang rakyat Palestin di tangan askar-askar IOF Ogos lalu manakala ratusan pula ditahan dalam penjara-penjara Israel dan PA di Tebing Barat dan mereka hanya menumpukan cara-cara memencilkan dan memusnahkan Hamas serta projek nasional mereka yang menolak untuk menyerah apa-apa pemilikan tetap penduduk Palestin.

Pergerakan Hamas menyeru semua rakyat Palestin dan puak-puak penentang agar menolak mana-mana kehendak untuk menghuru-harakan keselamatan di Semenanjung Gaza serta menolak sebarang bentuk penyelarasan keselamatan yang mahu digantikan dengan pencerobohan.