
Isnin, 03/09/07 –
Abu Obada menyatakan bahawa permintaan Qassam ialah Israel membebaskan wanita, kanak-kanak dan pemimpin yang sakit dan yang meringkuk lama di dalam penjara penjajah Israel. Beliau tidak mengulas panjang mengenai keadaan Shalit dan menambah “kami akan memberikan perakam kaset suaranya tidak lama lagi dan dia akan memberitahu keadaannya. Kami tidak akan mendedahkan pita rakaman lain mengenai keadaan Shalit dalam masa iniâ€
Parti Palestin kini telah menghalang kesimpulan perbincangan dengan pihak Israel menurut Abu Obaida, jurucakap Briged Qassam sayap tentera Hamas sabtu lepas. Beliau menyatakan bahawa kenyataan akhbar yang diletakkan di internet bahawa pertukaran tersebut telah dibekukan selama beberapa bulan kerana kedegilan Israel dan berkata bahawa tidak ada isu baru di dalam perkara ini.
Beliau berkata bahawa Parti Palestin yang tidak berminat mengenai perbincangan ini telah merosakkan perbincangan ini dan malah telah cuba menghalang terus ia dari berlaku. Percubaan ini tidak akan memberi kesan kepada permintaan sayap tentera yang telah menagkap Gilad Shalit, termasuk Briged Qassam dan mereka tidak akan berkompromi mengenai permintaan mereka di atas pembebasan tahanan tersebut.