Hamas: Penolakan Solana untuk Dialog mengingkari erti demokrasi


Rabu, 05/09/07 – GAZA — Pergerakan Hamas pada Selasa lalu mengecam Javier Solana, Penyelaras Hubungan Luar Kesatuan EU kerana menyatakan yang pihaknya tidak akan mengadakan hubungan dengan Hamas, serta menggambarkannya sebagai satu penafian demokrasi Eropah. Sami Abu Zuhri selaku Jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza berkata kenyataan Solana hanyalah bagi satu pihak sahaja dan tidak menggambarkan keadaan sebenar yang mewakili seluruh negara-negara Eropah lain yang telah mempunyai hubungan langsung dengan Hamas manakala negara lain memerlukan hubungan-hubungan seperti Itali, Norway dan Rusia.

Penolakan berterusan untuk berdialog dengan Hamas tidak akan meminggir serta tidak akan menghilangkan pergerakan itu dari peta pemerintahan di rantau ini dan menegaskan pihak barat akhirnya akan mengiktiraf Hamas juga. Beliauy berkata Eropah harus menghormati keputusan pilihan raya demokratik di Palestin di mana Hamas telah memenangi lebih daripada 60% undi. Abu Zuhri akhirnya mengungkit penolakan Hamas terhadap jawatankuasa kuartet antarabangsa yang beliau gambarkan sebagai “bersifat menindas” dan hanya menggalakkan pencerobohan. Solana berkata tidak akan ada perbincang dengan Hamas selagi ia tidak menemui kondisi yang sesuai terhadap jawatankuasa itu.