Israel Balas, Rumah Pejuang Diletupkan Israel

Jumaat , 24 September 2004- COMES: Bagi membalas operasi syahid di Al-Quds, Israel telah menghancurkan rumah keluarga Syahidah Zainab Ali Abu Salim (19) di kem pelarian Palestin di Nablus pagi semalam.

Saksi menyatakan bahawa serama tujuh buah pacuan 4 roda Israel masuk ke Nablus dan menghalau penghuni rumah Abu Salim dan kemudiannya menghancurkan segala-galanya.

Rumah keluarga pimpinan tempatan Brigade Syuhada al-Aqsha, Ala? Muhammad Sanjirah turut dihancurkan atas tuduhan melakukan perancangan operasi syahid di Al-Quds. Seperti yang dikeluarkan dalam Aljazeera, Menteri Luar Britain, Jack Cetro hari ini mengecam keras operasi syahid di Al-Quds.

Britain mengajak kepada Palestin dan Israel untuk melaksanakan Peta Jalan. Dalam pada itu, seorang rakyat Palestin meninggal dunia di Khan Yunis, selatan Gaza akibat kecederaan yang dialaminya akibat terkena peluru Israel ketika ia kembali dari sekolahnya. Di Jenin pula, Israel kembali meneruskan sekatan jalan untuk beberapa jam dan menangkap sejumlah 13 orang.