Tiga Kumpulan pejuang Palestin bergabung untuk menjayakan Operasi syahid.


Gaza, 24/9/2004 (al-Jazeera) – 3 kumpulan pejuang Palestin telah bergabung membentuk (Gabungan popular penentangan – Popular resistance comitee) untuk melancarkan serangan ke atas pos kawalan tentera rejim Zionis Israel di kawasan perumahan penduduk Yahudi di Moraq, utara Refah, semalam 23/9/2004.


Tiga kumpulan pejuang Palestin, Briged al-Aqsa, Briged Abu Rish dari Gerakan Fatah dan juga Briged Lajnah Salahuddin telah melaksanakan operasi ketenteraan bersama menyerang pos kawalan tentera rejim. Serangan tersebut telah berjaya mengorbankan tiga tentera rejim dan mencederakan yang lain.
gambar (kanan) Tiga kumpulan pejuang Palestin, Briged al-Aqsa, Briged Abu Rish dari Gerakan Fatah dan juga Briged Lajnah Salahuddin

Dua dari pejuang Palestin juga dilaporkan syahid, manakala seorang berjaya melepaskan diri dan terus membuat laporan kejayaan operasi tersebut melalui telefon bimbitnya kepada sumber media.

Serangan tersebut dipercayai bertujuan untuk menyekat kemaraan tentera rejim untuk merobohkan rumah-rumah warga Palestin di Gaza. Dalam kenyataan rasmi rejim, Nissim Rehan yang mewakili pihak tentera melaporkan kepada Radio tentera rejim bahawa pihaknya telah mengalami bencana dari letupan yang besar.

Kesan daripada operasi tersebut, pihak rejim menutup semua jalan yang menuju ke kawasan penempatan warga Palestin. Mereka juga telah mengeledah sebuah rumah di Nesherim yang didakwa menjadi pusat para pejuang melancarkan serangan.