
Rabu, 12/09/07 –
Selasa lalu, enam warganegara Palestin termasuk dua kanak-kanak cedera apabila askar-askar rejim Zionis menceroboh kem pelarian Jenin dan menembak sebuah bangunan yang didakwa menyembunyikan sejumlah aktivis-aktivis penentang.
Saksi-saksi berkata unit rejim Zionis itu mengepung rumah di sekeliling tapak kem awal pagi dan bertembung dengan pejuang-pejuang penentang.
Mereka menambah para pemuda telah melontar batu-batu terhadap askar-askar tersebut dan dibalas dengan tembakan peluru hidup serta bom-bom sonik yang mencederakan enam daripada mereka.
Askar-askar rejim Zionis telah menahan seorang pemuda Palestin di kem selepas memecah masuk ke dalam rumahnya. Unit-unit rejim Zionis yang lain turut menyerbu Qabatia, barat bandar Jenin dan menghadapi unsur-unsur penentangan di sana.
Sementara itu di Semenanjung Gaza, sayap bersenjata Hamas Selasa lalu telah melepaskan lima peluru mortar terhadap sekumpulan kenderaan rejim Zionis di Karm Abu Salem selatan Gaza.
Sayap bersenjata mereka, Qassam Brigades telah menembak kedudukan yang sama 2 jam sebelum itu dengan 8 peluru mortar. Mereka berkata kedua-dua serangan itu adalah sebagai tindak balas atas jenayah rejim Zionis dan menjanjikan serangan lebih perit sekiranya rejim Zionis tetap dengan pendiriannya untuk menyerang penduduk Palestin.