Hamas Menolak Sebarang Penubuhan Tentera Asing di Gaza.


Selasa, 11/09/07 –
Pergerakan Hamas Isnin lalu telah menolak satu rancangan Kementerian Luar Israel yang membayangkan sebuah negara lain yang pro-Israel untuk memerintah Semenanjung Gaza sebagai menggantikan Pergerakan Hamas.

Dr. Khalil Abu Laila, salah seorang pemimpin Hamas di Gaza dalam satu siaran akhbar berkata Hamas telah mengisytiharkan dengan jelas bahawa ia akan berhadapan dengan mana-mana tentera asing di Gaza sebagai satu kuasa penceroboh baru.

Kumpulan-kumpulan bersenjata Palestin akan menentang kuasa asing itu dan menyatakan askar asing tersebut akan melindungi negara Yahudi itu serta mengawasi cubaan-cubaan penentangan dan menjadi sumber maklumat untuk Zionis.

Selepas penduduk Palestin mengusir angkatan tentera Israel keluar dari Gaza, askar-askar rejim Zionis cuba untuk kembali melalui cara lain bagi mengawal Gaza seolah-olah seperti mengawal lalulintas melalui kerjasama dengan ejen mereka, tegas pemimpin Hamas itu. Bagaimanapun, semua cubaan itu gagal dan Hamas terus memusnahkan peralatan keselamatan PA yang telah berkerjasama dengan Israel, menurutnya.

Bagaimanapun, rejim Zionis kini cuba untuk mencapai apa yang telah gagal mereka lakukan menerusi pihak lain dari negara-negara antarabangsa , kata Abu Laila.