Kerajaan Fayyad sekat gaji kakitangan hospital Eropah.


Khamis, 13/09/07 –

Kerajaan PA tidak sah yang diketuai oleh Salam Fayyad dan berpengkalan di Ramallah memutuskan untuk menyekat gaji 100 kaki tangan di sebuah hospital milik rakyat Eropah di Gaza termasuk pengarah hospital, Dr. Mohammed Abu Shahla.

Pengerusi Persatuan Pekerja Awam, Ala Al-Batta mengecam keputusan itu sambil mengatakan bahawa hospital tersebut mengumpulkan doktor-doktor yang efisien, paramedik dan juruteknik yang terpilih. Sesetengah mereka diambil dari luar negara untuk memperluaskan servis perubatan ke seluruh kawasan di Gaza.

Dalam sidang medianya, beliau mengatakan bahawa ramai yang tidak menerima gaji sejak beberapa bulan yang lalu dan kini giliran 100 yang lain pula. Beliau memberi amaran bahawa perkara itu boleh menyebabkan ramai yang akan ,meletak jawatan dan boleh mengganggu tahap kecekapan servis di hospital tersebut.

Lebih 700 kakitangan awam yang lain menerima amaran yang sama sejak beberapa bulan yang lalu termasuk 300 orang yang di dalam Kementerian Kesihatan. Batta mengkritik langkah yang kebetulan dilaksanakan pada bulan Ramadan dengan mengatakan “Kami menjangka bahawa inisiatif yang diambil oleh kerajaan Ramallah adalah untuk meningkatkan lagi kesengsaraan penduduk Gaza.