
Khamis, 31-10-2019 – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Qatar bagi Pembangunan Semula Gaza, Mohamed al-Emadi telah mengadakan pertemuan dengan Nickolay Mladenov, Kordinator Khas PBB bagi Proses Perdamaian Timur Tengah di ibu pejabat pertubuhan dunia itu yang terletak di Baitulmuqaddis.
Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan pihak jawatankuasa itu, Emadi menyorot usaha Qatar dalam mengurangkan penderitaan penduduk Gaza dan keputusan Amir Qatar menyokong rakyat Palestin dengan menyalurkan bantuan sebanyak $480 juta termasuk $180 juta untuk Gaza.
Kedua-dua pihak membincangkan situasi kemanusiaan di Gaza dan usaha bersama untuk memperbaikinya terutama yang berkait elektrik, projek-projek bantuan dan pekerjaan serta menegaskan pentingnya memberi bantu kepada Gaza secara berterusan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin