
Jumaat, 01-11-2019 – Pihak Otoriti penjajah Israel pada Rabu (30/10/2019) malam, membuka sebuah kawasan perkuburan bawah tanah dunia di al-Quds atau Jerusalem yang diduduki penjajah Israel. Demikian menurut laman sesawang berbahasa Ibrani “Kibah”.
Laman sesawang ini menyebutkan bahawa perkuburan tersebut didirikan di pinggiran al-Quds.
Pembukaan perkuburan bawah tanah pertama di al-Quds ini dihadiri oleh datuk bandar penjajah Israel di kota suci tersebut, para pemuka rabi negara penjajah Yahudi, dan tokoh-tokoh terkenal. Demikian dipetik oleh pejabat berita Arab “Quds Press”.
Quds Press menjelaskan bahawa projek pembangunan perkuburan ini mencakupi pembinaan sekitar 24 ribu liang kubur pada kedalaman 50 meter di bawah tanah.”
Disebutkan, “Pada fasa pertama, sekitar 8000 kubur akan disediakan. Diharapkan kubur ini boleh digunakan pada akhir tahun ini (2019).”
Selain itu Quds Press menyiarkan berita berkaitan penggalian terowong dengan panjang 1600 meter, lebar sekitar 16 meter.Nilai pelaburan projek ini sekitar 300 juta shekel (sekitar USD84,510 000.
Perlu disebutkan bahawa kota suci al-Quds yang diduduki penjajah Israel menjadi sasaran kempen Yahudinisasi dan pemalsuan sejarah oleh institisi penjajah Israel, terutama di Masjid Al-Aqsha dan Tembok Al-Buraq.
sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman