
Isnin, 17/09/07 –
Pergerakan Hamas pada Khamis lepas mengalu-alukan mana-mana peranan Russia dalam mengukuhkan dialog antara Pihak Palestin di dalam penolakan ketua PA Mahmoud Abbas untuk mengadakan sebarang dialog dengan Hamas selama 3 bulan.
“Hamas menitik beratkan kepentingan kenyataan oleh timbalan menteri luar Russia, Alexander Sultanov sewaktu melawat Kaherah di mana beliau menggesa agar dialog di atara Hamas dan pimpinan PA diadakan kerana ini sahaja caranya mereka dapat menyelesaikan krisis yang ada†menurut Dr Sami Abu Zuhri , jurucakap Hamas di Gaza yang diterbitkan dalam berita diterima oleh PIC.
Dr Abu Zuhri menyatakan bahawa kenyataan Russia “menggambarkan bahawa Russia memahami ketepatan fakta disebalik kejadian dan menekankan peningkatan kesedaran pihak eropah dalam memahami kepentingan mengetengahkan Hamas dalam perbincangan ini.
Dia juga menyatakan bahawa beliau telah menimbang kenaytaan Russia itu sebagai satu kutukan secara tidak langsung terhadap kedudukan PA yang menolak dialog dengan Hamas.
Jurucakap telah mengesahkan bahawa Hamas mengalu-alukan usaha Russia yang diharap dapat menyumbang kepada kekuatan dialog antara Palestin dalam usaha pihak antarabangsa merungkaikan krisis ini.