
Isnin, 17/09/07 –
Dr Basem Naim, Menteri Tahanan Palestin menegaskan bahawa isu tahanan rakyat Palestin di kawasan Israel merupakan isu utama kerajaan.
Naim menyeru agar semua institusi memberi tekanan terhadap Rejim Zionis untuk membenarkan ahli keluarga tahanan melawat tahanan sempena sambutan bulan mulia Ramadhan.
“Kami melakukan segala yang terdaya untuk membebaskan semua tahanan termasuk isu terbaru iaitu penahanan Gilad Shalit” kata Menteri berkenaan kepada semua tahanan sempena sambutan bulan Ramadhan yang telah bermula Khamis lalu di kebanyakkan tanah Arab dan negara Islam