
Khamis, 20/09/07 –Bekas Menteri Dalam Negeri dan pegawai senior MP Hamas, Sa’aeed Siyam Rabu lalu telah memberi amaran kepada kepimpinan Fatah supaya tidak mengganggu pemimpin-pemimpin politik Hamas di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.
Beliau telah mendedahkan laporan rasmi bahawa kepimpinan Fatah telah merancang untuk menyerang pemimpin-pemimpin politik Hamas dalam usaha mereka untuk menggugat keadaan keselamatan di Semenanjung Gaza.
“Beberapa pemimpin [Fatah] berada di Gaza dan yang selebihnya di Tebing Barat; tetapi kita mahu perkara ini jelas untuk mereka bahawa tentang kedua-dua kawasan-kawasan ini yang mana Hamas akan mencapai mereka dalam keadaan mereka berfikir untuk melakukan apa-apa tindakan bodoh seperti ini”, Siyam membuat kenyataan itu Rabu lalu.
Bagaimanapun, pemimpin veteran politik Hamas ini mengesahkan pergerakannya masih bersetuju untuk mengadakan dialog tanpa syarat antara puak-puak Palestin demi memelihara perpaduan di Palestin.