Jangan Ganggu Keluarga Kami.


Rabu, 19/09/07 –Sejumlah Ahli Majlis Perundangan Hamas yang telah diculik oleh askar-askar rejim Zionis lebih 18 bulan lalu serta ditahan di penjara sehingga kini menyatakan bantahan terhadap askar-askar rejim Zionis dan pihak keselamatan PA di Tebing Barat agar tidak mengganggu mereka keluarga.

Bantahan MP tersebut datang sari sepucuk surat yang dikeluarkan secara rahsia daripada sel yang mereka duduki di penjara Magiddo,Israel iaitu kawasan Palestin yang diceroboh pada tahun 1948. rejim Zionis menahan serta menculik anak lelaki MP Hamid Al-Bietawi dan Nezzar Ramadhan di bandar Al-Khalil ,manakala anak lelaki MP Husni Al-Borini pula ditangkap oleh pihak keselamatan PA di bandar Nablus.

“Ini (gangguan berterusan terhadap keluarga MP) adalah satu penghinaan besar terhadap kehendak demokratik penduduk Palestin yang telah melantik kami, dan melakukan perbuatan curang dengan menikam para tawanan Palestin dari belakang dimana PA telah menyatakan yang mereka tidak akan menahan ahli-ahli keluarga mereka”, ujar timbalan Hamas dalam surat yang mereka hantar.

Mereka juga mengesahkan penangkapan ahli keluarga mereka bermaksud untuk “memberi tekanan kepada mereka dan untuk memecahkan azam serta berusaha untuk mengugut mereka dalam membuat sebarang konsesi politik”.