Categories
Berita Semasa

Rejim Zionis rampas 127 dunum tanah Palestin berhampiran Salfit.

Khamis, 16-01-2020 – Rejim Zionis (IOF) pada hari Isnin lalu telah meratakan dan merampas sejumlah besar tanah Palestin di bandar Kafr ad-Deik, di barat Salfit, untuk memberi laluan kepada perluasan kawasan penempatan.

Abdulnaser Ahmad, pemilik tanah tersebut berkata bahawa dia terkejut mendapati IOF telah meratakan tanahnya dan memagar sekelilingnya dan mendakwa ia adalah “tanah negeri”.

Ahmad menegaskan bahawa dia mempunyai semua surat-surat dan dokumen yang sah yang membuktikan pemilikannya terhadap tanah yang diratakan itu.

Beliau menambah bahawa dia mengetahui tentang percubaan pihak berkuasa Israel untuk merampas tanah tersebut bagi membina unit penempatan baru.

Kira-kira 25 penempatan yang dikhaskan untuk kaum Yahudi telah dibina di atas 18 tanah komuniti perumahan Palestin di wilayah Salfit di Tebing Barat.

Kerajaan Israel baru-baru ini telah meluluskan satu rancangan untuk membina unit perumahan baru untuk memperluaskan kawasan penempatan Brukhin di barat Salfit.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul