
Khamis, 16-01-2020 – Delegasi dari Pergerakan Hamas telah melawat Geraja Saint Porphyrius di Genting Gaza pada ahad lalu bagi berjumpa dengan pegawai-pegawai mereka.
Delegasi tersebut adalah termasuk pegawai tertinggi Hamas Basem Na’im, Taher al-Nanu dan Fawzi Barhoum. Semasa perjumpaan tersebut, kepimpinan Hamas menyampaikan salam sejahtera kepada komuniti Kristian di Gaza yang beliau anggap sebagai “rakan didalam tanahair dan saudara” Pegawai Hamas berkata, beliau berharap rakyat Palestin termasuk penganut agama Kristian dan Islam akan sembahyang di Baitulmaqdis pada tahun depan tanpa pendudukan dan pembahagian negara.
Beliau mengecam kuasa penjajah Israel yang menghalang Kristian Gaza untuk melawat tempat suci mereka di Tebing Barat dan Baitulmaqdis semasa hari perayaan Krismas kerana mereka menyasarkan semua rakyat Palestine tidak mengira bangsa atau agama.
Bagi pihak beliau, Archbishop Alexios mengucapkan terima kasih tanda penghargaan kepada Hamas atas kunjungan mereka dan berharap agar rakyat Palestin akan dapat menikmati kebebasan, kemerdekaan, keadilan dan keamanan.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : hanafi