
Isnin, 01/10/07 – Yasser Mansour, seorang anggota Hamas yang mempunyai kuasa mengubah dan menyusun semula blok berparlimen Rabu lalu telah memberitahu yang askar-askar rejim Zionis mengambil kesempatan atas sikap diam antarabangsa untuk melanggar kekebalan Ahli Parlimen (MP) Palestin serta menyerang mereka.
Dalam satu mesyuarat bersama peguamnya, Mansour yang dikurung di penjara Megiddo, Israel beliau mengecam askar-askar rejim Zionis yang menyerbu rumah MP Mariam Saleh di Ramallah dan menculik anak lelaki wartawannya Abdurrahman Musleh.
MP menyatakan penahanan berterusan rejim Zionis terhadap hampir 40 orang MP Palestin yang melibatkan Hamas, Fatah dan Barisan Popular merupakan satu petunjuk jelas bahawa mereka menganggap semua penduduk Palestin diprogramkan sebagai musuh yagn berhak ditindas dan dihapuskan.
Dalam konteks yang sama, MP meminta kerajaan demokratik dan parlimen seluruh dunia agar meneruskan tanggungjawab rasmi dan moral mereka untuk melindungi penduduk Palestin dan MP mereka yang ditahan di dalam penjara Israel.
MP menerangkan keadaan kesihatan yang semakin buruk bagi Speaker PLC yang telah dipenjarakan iaitu Dr. Aziz Duwaik dan MP Fathi Al-Qara’awi, dan menyeru dunia agar memberi perhatian khusus untuk dua MP ini yang dikurung di penjara Megiddo, Israel yang telah mengorbankan ramai mangsa yang cuba melindungi dan mempertahankan hak penduduk Palestin