
Isnin, 01/10/07 –
Jurucakap Hamas, Dr. Sami Abu Zuhri menyeru Presiden Palestin, Mahmud Abbas untuk mengkaji semula kesepakatannya berkait tindak ganas Israel terhadap Gaza.
Abu Zuhri mengkritik tajam sikap Presiden Palestin yang membela Israel, terutama atas serangan mereka terhadap warga Palestin kelmarin (29/9) di Gaza. Sikap pemerintah (Abbas) sehingga kini memberi kesan negatif dan cenderung melampaui
batas. Kami berharap pemimpin Palestin menilai semula sikapnya. Kerana keadaan Palestin ketika ini sedang dilanda duka. Sementara rakyat, hingga kini tidak dapat menerima rancangan pertemuan Abbas dengan Olmert pada pertengahan November yang
akan datang dalam waktu yang sama serangan Israel terus bertali arus ke wilayah Gaza.
Pemimpin Hamas ini meminta Abbas untuk menjadi ?Presiden Palestin? dalam erti sebenarnya dan bukan menjadi presiden untuk sebahagian rakyatnya saja. Kami ingin mengingatkan Abbas bahawa beliau adalah Presiden untuk semua rakyat Palestin. oleh
itu beliau perlu bertindak sesuai dengan keinginan rakyat, komitmen terhadap kehendak rakyat seperti pemimpin-pemimpin dunia yang lain.
Dalam pada itu, Abu Zuhri menyeru dunia Arab dan masyarakat antarabangsa untuk mengambil tanggungjawab terhadap Gaza. Dunia Arab dan antarabangsa tidak boleh berlepas diri begitu saja atas situasi yang menimpa Gaza ketika ini. Siapapun tidak boleh berdiam diri menyaksikan kebiadaban terus berlangsung di depan mata terhadap
suatu bangsa yang sudah miskin dikenakan embargo.