
Isnin, 01/10/07 –
Ketua hakim Palestin, Sheikh Tayseer Al-Tamimi, pada Ahad lalu telah menuduh kerajaan Israel menukar Masjid Islam Ibrahimi yang terletak di tengah-tengah bandar Al-Khalil, Tebing Barat menjadi sebuah Sinagog Yahudi.
Menurut Tamimi, cubaan Israel itu merupakan pencabulan secara terang-terangan dan menidakkan hak penduduk Palestin untuk bersembahyang di dalamnya, pada masa yang sama askar-askar rejim Zionis menutup masjid untuk orang Islam dan membenarkan puluhan peneroka-peneroka Israel masuk ke dalamnya bertujuan untuk mengetatkan cengakaman pada masjid dan beransur-ansur menjadikannya sebuah sinagog.
Dalam satu kenyataan yang dibuat untuk wartawan PIC, Tamimi juga memberi amaran bahawa penutupan masjid sebanyak enam kali terhadap orang Islam sejak permulaan bulan Ramadan adalah “penindasan nyata terhadap hak asasi penduduk Palestin iaitu sembahyang mereka dan gangguan kasar dalam hal ehwal agama penduduk Palestin”.
Syeikh juga mengesahkan bahawa “Yahudi tidak mempunyai apa-apa hak terhadap Masjid Ibrahimi kerana ia telah dan akan kekal sebagai tempat suci orang Islam”; dan beliau menyeru agar penduduk Palestin dapat mengukuhkan ikatan dan mulakan perpaduan dalam negara daripada melakukan perbincangan damai yang “membazir masa dalam mesyuarat dengan Israel”.
Puluhan keluarga penduduk Palestin diusir dari rumah-rumah mereka di bandar lama oleh askar-askar rejim Zionis dan peneroka-peneroka Israel pula kemudiannya mendakwa sebagai pemilik kediaman-kediaman yang dirampas itu.
Pada tahun 1994, peneroka fanatik Israel, Barouch Goldstein telah membunuh rakyat Palestin dan mencederakan yang lain di Masjid Ibrahimi semasa waktu solat sebelum penduduk Palestin membunuhnya.