Imej Hamas Diburukkan Dalam Media Israel.


Khamis, 04/10/07 –
Sebuah akhbar Israel berhaluan kanan dan organisasi Fatah telah bekerjasama untuk memburuk-burukkan Hamas selaku pergerakan Islam Palestin.

Pada Ahad lalu, Jerusalem Post yang jelas sekali merupakan akhbar berbahasa Inggeris menyebarkan Islamofobia dan juga merupakan lidah rasmi masyarakat Yahudi, telah menerbitkan satu artikel mengenai pemuda Hamas yang baru-baru ini dikatakan terlibat dalam insiden penggantungan dan rejaman berikutan kematian gadis berumur 16 tahun di Gaza dimana wujud kaitan yang dikenali sebagai pembunuhan terhormat. Cerita itu rupanya merupakan satu penipuan berdasarkan maklumat palsu yang diberikan pada akhbar terbabit oleh pegawai perisikan Fatah .

Artikel itu memberi butiran bergambar mengenai insiden tersebut dengan memetik saksi-saksi rekaan serta aktivis-aktivis Fatah yang didakwa pernah melihat insiden itu. Bagaimanapun, imej video yang didakwa Jerusalem Post kepunyaan gadis Gaza itu rupanya adalah gadis muda .

Yazidi Iraq yang dibunuh dengan kejam oleh puak mazhab bukan Islamnya April lepas kerana merancang untuk diislamkan dan berkahwin dengan seorang lelaki Muslim Sunni.

Akhbar itu yang menerbitkan laporan susulan pada hari Isnin, 1 Oktober mengakui pegawai perisikan Fatah telah memberi maklumat palsu kepada wartawannya Khalid Abu Toameh bagi tujuan memburukkan Hamas dan menganggap mereka sebagai biadab. Laporan Abu Toameh adalah berkenaan wilayah-wilayah di Palestin dan dia kebanyakannya bergantung pada maklumat daripada Fatah yang sering menggambarkan Hamas dengan sesuatu yang tidak baik.