Perjanjian Rahsia Hamas dan Kerajaan Mesir ??


Khamis, 04/10/07 –
Hamas telah menyangkal laporan yang menuduh pergerakan itu mengadakan perjanjian rahsia dengan kerajaan Mesir di mana 85 pemimpin Hamas dan anggotanya yang terkandas di Mesir dibenarkan untuk melintasi sempadan Rafah dan memasuki Semenanjung Gaza dan dalam masa yang sama ditukar dengan anggota Al-Qaeda yang dikehendaki ke Mesir.

Ayman Taha, salah seorang pemimpin Hamas, menyatakan bahawa berita seumpama itu tidak berasas dan tidak benar sama sekali bahkan tiada persetujuan wujud antara Hamas dan Mesir,seterusnya menambah mereka yang terkandas dan dibenarkan memasuki Gaza itu bukan melalui apa-apa pun perjanjian. Walau bagaimanapun, mereka telah dimasukkan ke Gaza sebagai sebahagian daripada hak mereka.

Media telah melaporkan khabar angin mengenai kewujudan satu perjanjian rahsia antara Hamas dan Mesir, kononnya anggota Qaeda ini wujud di sebalik serangan-serangan yang berlaku di Mesir dan menyusup ke Gaza melalui sebuah terowong antara selatan Semenanjung Gaza dan Mesir.

Taha mengesahkan tiada mana-mana ahli Al-Qaeda di Semenanjung Gaza, memandangkan berita mengenai kehadiran ahli-ahli Al-Qaeda di Gaza memberi satu lagi alasan kepada Israel untuk meningkatkan serangannya.