Hamas Kutuk Pembunuhan Terhadap Pemudah Kristian Palestin.


Isnin 08/10/07 –
Hamas mengutuk pembunuhan Rami Ayyad, 30 tahun yang ditemui mati pagi Ahad lalu di daerah Zaitoun, Bandar Gaza dengan luka-luka akibat tikaman dan sebutir peluru di kepala.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pergerakan itu menyatakan: “Hubungan Islam-Kristian di Palestin lebih kukuh berbanding kesan satu jenayah yang telah dilakukan oleh kumpulan jenayah tertentu. Penduduk Palestin dari kalangan orang Islam dan Kristian adalah pemilik tanah ini dan sedia bersatu untuk mempertahankannya.”

Pergerakan juga menemui orang ramai di Gaza dan berkata ” jika ada yang yang mahu mewujudkan huru-hara, anarki dan suasana tidak selamat di Palestin, mereka inilah hamba kepada penceroboh Zionis.”

Hamas juga mengunjungi polis Palestin untuk memulakan siasatan segera ke atas pembunuhan itu dan juga menegakkan keadilan bagi mereka yang berada disebalik jenayah kejam ini.