Hamas : Pertemuan Olmert-Abbas Merupakan Kegagalan.


Jumaat, 05/10/07 –
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyatakan yang mesyuarat antara Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert yang menghasilkan banyak kegagalan menggambarkan perbincangan dengan Israel hanyalah “satu sandiwara dan mengejar fatamorgana.”

“Penghebahan pembentukan satu jawatankuasa persediaan bagi persidangan musim luruh adalah satu langkah yang sia-sia dan tidak terkandung usaha untuk menamatkan penafian Israel terhadap hak-hak penduduk Palestin dan pencerobohan yang berterusan pada penduduk Palestin, bahkan lebih menekankan mengenai kegagalan mencapai sesuatu bagi setiap mesyuarat-mesyuarat seumpamanya sebelum ini,” kata Abu Zuhri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan.

Jurucakap itu menambah bahawa pengesahan berkali-kali pemimpin-pemimpin Israel yang mereka tidak akan bersetuju membincangkan isu-isu penyelesaian muktamad seperti pendudukan Baitulmuqaddis dan hak pelarian untuk kembali ke tanahair dan pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa dan desakan untuk berunding dengan Israel hanya “perkara remeh dan buang masa”.

Jurucakap itu juga menyatakan keuntungan hasil mesyuarat bagi Israel, ialah pencerobohan y ang dilakukan oleh mereka yang mengeksploitasi mesyuarat-mesyuarat seumpama itu agar memberi tanggapan yang isu penduduk Palestin ada jalan untuk penyelesaiannya dan tiada wujud masalah antara Palestin dan Israel, dan beliau menambah inilah yang digalakkan oleh Tzipi Livni, Menteri Luar Israel terhadap pepatah pemimpin Arab, “Jangan jadi lebih Pales

Jurucakap itu juga menyatakan keuntungan hasil mesyuarat bagi Israel, ialah pencerobohan y ang dilakukan oleh mereka yang mengeksploitasi mesyuarat-mesyuarat seumpama itu agar memberi tanggapan yang isu penduduk Palestin ada jalan untuk penyelesaiannya dan tiada wujud masalah antara Palestin dan Israel, dan beliau menambah inilah yang digalakkan oleh Tzipi Livni, Menteri Luar Israel terhadap pepatah pemimpin Arab, “Jangan jadi lebih Palestin daripada rakyat Palestin sendiri.”