
Rabu, 19-02-2020 – Kumpulan hak asasi Israel, B’Tselem dalam satu laporannya baru-baru ini berkata bahawa keluarga tahanan Palestin kerap kali berhadapan “perjalanan sukar” bila berpeluang melawat saudara mereka di penjara Israel.
Laporan yang berpandukan sumber kisah benar dan testimoni dari ahli keluarga tahanan itu menjelaskan dengan terperinci kesukaran yang dialami pada sesiapa sahaja yang cuba melawat tahanan di penjara Israel.
“Sebagai pelawat, warga Palestin tidak boleh berurusan sendiri untuk masuk melawat manakala pihak penjara pula tidak menyediakan kemudahan untuk pelawat penjara, semua urusan lawatan bergantung sepenuhnya pada Jawatan Kuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC). Setiap lawatan ke penjara merupakan perjalanan seharian yang sangat sukar, melibatkan fizikal dan emosi terutama bagi ahli keluarga yang berumur dan kanak-kanak.”
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : zainudin