
Rabu, 19-02-2020 – Rejim Zionis pada hari Isnin lalu mendakwa mereka telah menahan seorang belia Palestin yang cuba melakukan serangan dengan cara menikan berhampiran Masjid Ibrahimi di al-Khalil.
Sumber media Israel mengatakan bahawa Rejim Zionis menahan seorang warga Palestin yang didakwa memiliki pisau dan sedang merancang serangan menikam di al-Khalil.
Belia tersebut telah diperiksa dan dipindahkan ke pusat tahanan Israel untuk soal siasat, kata mereka.
Dalam tempoh 48 jam lalu, telah berlaku lima insiden penangkapan oleh Rejim Zionis berkaitan dakwaan pemilikan pisau.
sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul