Israel Berusaha Curi Peninggalan Palestin Dengan Kuasai Bukit Al-Arma

Selasa, 03-03-2020 – Fuad Ma’ali, Datuk Bandar kota Beita, memperingatkan tentang kesungguhan tindakan penjajah Israel dan para penduduk pendatang Yahudi dalam usaha mereka untuk menguasai Jabal Al-Arma, yang terletak di sebelah timur kota Beita, selatan Nablus. Bukit tersebut berada di ketinggian 850 meter di atas permukaan laut.

Dalam wawancara dengan Pusat Informasi Palestina, Ma’ali menjelaskan bahawa para penduduk pendatang Yahudi telah gagal menguasai Jabal Al-Arma, dua hari yang lalu, kerana tindakan rakyat dan massa Palestin yang turut terlibat dalam menghalang serbuan para pemukim pendatang Yahudi. Beliau memperingatkan bahawa serbuan Israel ke Jabal Al-Arma dan kota Beita akan berulang kembali.

Kota Beita, adalah sebuah bandar yang berada di daerah Nablus, di wilayah utara Tebing Barat yang diduduki penjajah Israel. Berjarak 14 km di arah tenggara Nablus dan di timur jalan (Nablus – Ramallah).

Ma’ali menyatakan bahawa warga bandar itu dan perkampungan di sekitarnya seperti Qablan, Osrin, Aqraba, Hawara dan Awarta, menentang penjajah Israel dan para pendatang Israel demi membela Jamal Al-Arma dan peninggalan kuno Palestin di daerah tersebut.

Dia mengatakan, “Penjajah Israel berusaha menguasai bukit terebut dan puncaknya, yang di dalamnya ada peninggalan Palestin sejak zaman Kanaan, kastil dan benteng yang menjadi saksi semasa pemerintahan Uthmaniyyah di Palestin.”

sumber : https://melayu.palinfo.com/
penterjemah : osman