Pendatang Yahudi menimbulkan kekacauan ke atas beratus-ratus pokok di bandar W. Bank of Khade

Selasa, 03-03-2020 – Dalam tempoh tiga hari yang lalu, kira-kira 780 pokok di kebun zaitun Palestin dan kebun-kebun anggur di bandar al-Khader, selatan Bethlehem di Tebing Barat yang dihuni, telah dimusnahkan atau dicabut oleh pendatang Yahudi.

Aktivis tempatan Emad Daadou mengatakan bahawa pendatang Yahudi pada hari Sabtu menghancurkan dan memotong lebih daripada 200 pokok anggur di kawasan Vaghour di bandar itu, yang dimiliki seorang petani yang dipanggil Mohamed Abu al-Kat’ah.

Jumaat lepas, pendatang Yahudi menimbulkan kekacauan melibatkan 300 buah pokok anggur di kawasan Zakandah, yang terletak di antara penempatan haram El’azar dan Neve Daniel. Kebun anggur itu milik seorang petani bernama Naser Marzouk.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : nor syuhada