Peneroka Haram Israel Banjirkan Tanah Palestin di Al-Khalil Dengan Sisa Kumbahan

Selasa, 07-04-2020 – Peneroka haram Israel pada hari Ahad lalu telah mengepam air sisa kumbahan ke tanah ladang Palestin di bandar Beit Ummar di daerah Tebing Barat al-Khalil.

Sumber-sumber tempatan mengatakan bahawa peneroka haram Israel dari blok etnik Etzion telah membanjirkan air kumbahan ke kawasan yang ditanam dengan anggur yang dimiliki oleh tiga keluarga Palestin di Beit Ummar, menyebabkan semua tanaman musnah.

Sementara itu, pasukan rejim Zionis telah memusnahkan sejumlah besar tanah milik warga Palestin di kampung bersebelahan al-Dhahiriya.

Para petani Palestin di al-Khalil sering berhadapan dengan serangan berterusan dari peneroka haram dan tentera Israel, yang mengakibatkan mereka terpaksa menanggung kerugian yang besar terutama sekali menjelang musim menuai anggur yang semakin hampir.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ezatul