Tahanan Palestin Mogok Lapar. Rejim Abai Aspek Kesihatan Wabak Covid-19

Selasa, 07-04-2020 – Puluhan tahanan Palestin di penjara Israel telah memulakan mogok lapar kerana ketiadaan penjagaan kesihatan penting oleh Perkhidmatan Penjara Israel berikutan wabak coronavirus.

Perkhidmatan Penjara Israel sengaja meletakkan kehidupan tahanan Palestin dalam risiko dengan menarik balik produk pembersihan dari kantin penjara dan menolak untuk membasmi sel penjara atau melakukan pemeriksaan ke atas tahanan yang disyaki hidapi virus.

Menurut tahanan Fekri Mansour, 40, yang ditahan di Penjara Shata, tahanan Palestin dinafikan bekalan kebersihan asas dan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang penting walaupun sejumlah tahanan penjara, pegawai Israel dan tahanan Palestin telah positif coronavirus.

sumber : http://english.palinfo.com
penterjemah : ameen