
Jumaat, 2/11/07 – Pegawai-pegawai Rejim Zionis telah menyatakan kebimbangan mengenai keupayaan Briged Qassam, sayap bersenjata Hamas, setelah ia diarah untuk menghadapi Rejim Zionis yang terus mara di pinggir bandar Semenanjung Gaza sehingga menyebabkan kematian dan mencederakan ramai Rejim Zionis.
Pegawai-pegawai Rejim Zionis percaya bahawa mereka akan membayar dengan harga yang sangat tinggi jika Israel melaksanakan ancaman-ancaman mereka dan menjalankan satu operasi tentera besar-besaran di Gaza, di mana mereka akan menghadapi tentangan yang kuat dari pejuang-pejuang Qassam yang terlatih.
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak Selasa lepas menyatakan kesediaannya untuk menjalankan satu operasi tentera besar-besaran di Gaza tetapi Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert masih belum memberi lampu hijau untuk serangan tersebut. Abu Obeida, jurucakap Briged Qassam telah menggariskan yang mereka bersedia melakukan satu tindakan balas yang menyakitkan akibat “jenayah kejam” yang dilakukan oleh Israel terhadap empat polis Palestin sebelum ini.